| TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

Inovasi Padi Mashuri Mutan

Ringkasan Artikel

UPM berjaya menghasilkan inovasi penyelidikan padi bagi mengenal pasti gen pemanjangan beras (high kernel elongation) yang terdapat pada varieti Mahsuri Mutan melalui penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik dari Fakulti Pertanian, UPM Prof Dr Mohamad Osman dan pelajar siswazah Anna Arina Ab Halim.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan inovasi penyelidikan padi untuk mengenal pasti gen pemanjangan beras (high kernel elongation) yang terdapat pada varieti Mahsuri Mutan.

Penyelidik dari Fakulti Pertanian, UPM Prof Dr Mohamad Osman berkata, kajian yang dijalankan sejak Ogos tahun lalu membabitkan pelajar sarjana sains, Anna Arina Ab Halim, 27.

Beliau berkata, Mahsuri Mutan mempunyai hasil yang tinggi dan tahan pada penyakit karah.

“Ia juga mempunyai kualiti yang setanding dan mempunyai gen pemanjangan beras hampir sama dengan Basmati apabila dimasak.

“Sebelum dimasak panjang beras Mahsuri Mutan adalah 6.0 milimeter (mm) dan selepas dimasak panjang nasi menjadi 10 mm, maka nisbah pepanjangan adalah 10/6 = 1.7.

“Kebanyakan beras yang kita masak memanjang sekitar 1.4 kali ganda ukuran beras. Tetapi beras jenis Basmati dari India atau Pakistan mempunyai nisbah pemanjangan sekitar 2.0 atau panjang nasi adalah dua kali ganda daripada panjang berasnya.

“Ciri ini antara sebab penting beras Basmati sesuai digunakan untuk menyediakan masakan nasi beriani dan nasi Arab,” katanya yang ditemui di UPM, Serdang, baru-baru ini.

 

Sumber: Hmetro.com.my

Berita Lain...

SXETCAr~