Laporan Aktiviti

Seminar Pembangunan Ladang Ternakan UPM
20 Jun 2007
  Klik untuk melihat fotoSeminar Pembangunan Ladang Ternakan UPM telah diadakan pada 20 Jun 2007 di Pusat Pendidikan Luar, UPM.  Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah TPU, Prof. Madya Dr. Mahmud Tengku Muda Muhammad.

Objektif seminar adalah seperti berikut:
  • sebagai pelantar untuk bertukar maklumat dan pendapat serta maklumbalas dalam bidang ternakan di UPM terutamanya yang berkaitan pengajaran dan penyelidikan
  • menyediakan peluang untuk merancang pembangunan ladang ternakan UPM sejajar dengan fungsinya sebagai pusat pembelajaran pertanian yang unggul
  • memberi pendedahan kepada staf yang terlibat berkaitan perkembangan dan pembangunan ladang ternakan yang seharusnya boleh dijadikan "showcase".
Klik untuk melihat fotoSeminar telah dihadiri oleh staf TPU dan pensyarah dari Fakulti Pertanian dan Fakulti Kedoktoran Veterinar.  Pembentang kertas pada seminar tersebut terdiri dari:
Tn. Hj. Azmi Ahmad Yusof
Taman Pertanian Universiti
Status Ternakan di TPU

Prof. Dr. Abdul Aziz Saharee
Fakulti Kedoktoran Veterinar
Animal and Herd Health

Prof. Dr. Abdul Razak Alimon
Fakulti Pertanian
Animal Nutrition
Klik untuk melihat foto
Dr. Awis Qurni Sazili
Fakulti Pertanian
Halal dan Thoyyiba Dalam Hasilan Ternakan

Di akhir seminar, para peserta telah bersetuju supaya diadakan pelarasan di peringkat universiti supaya pembangunan kawasan ladang ternakan UPM lebih terancang dan dapat memberikan memanfaatkan semua warga kampus dan masyarakat.
   
  Klik di sini bagi galeri foto
   
   
  Disediakan oleh:
Hasnul Hadi b. Hussain
Penolong Pegawai Pertanian (Penyelaras Tanaman Cendawan)
Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi
Taman Pertanian Universiti
2 Julai 2007